Diterbitkan pada 16 April 2022, 23:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Arau – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) menyalurkan sumbangan Bantuan Khas Peruntukan kepada Lapan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Mualaf berjumlah RM1.65 juta pada tahun ini. Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merupakan Tuanku Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat hadir menyaksikan majlis tersebut.

MAIPs menyediakan Skim Bantuan Zakat seperti Bantuan Sara Hidup bagi membantu golongan mualaf dalam bentuk kewangan bagi meringankan bebanan kewangan mereka. Selain itu, MAIPs turut meraikan dan menyampaikan bantuan seperti Bantuan Hari Raya. Mohd Nazim menambah bahawa One Centre Malaysia (OCM) Perlis juga dinaungi oleh MAIPs bagi membantu menjalankan aktiviti dakwah dan pembangunan saudara baharu.

Penubuhan ini juga adalah bagi membantu membetulkan sebarang salah faham masyarakat terhadap Islam, memperkenalkan Islam yang sebenar kepada masyarakat bukan Islam serta sebagai jambatan kepada perpaduan antara agama dan kaum tanpa mengetepikan prinsip Islam.

MAIPs sentiasa memberikan pelbagai bentuk bantuan kepada golongan muallaf sama ada dari segi kewangan mahupun sokongan moral. MAIPs memperuntukkan sejumlah peruntukan khas kepada Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) Perlis untuk pengurusan, selain sumbangan bagi pelaksanaan kelas-kelas pengajian.

Demikianlah dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Hj. Mohd Nazim Mohd Noor menurut hebahan media MAIPs sempena majlis simbolik penyerahan tersebut daripada MAIPs kepada Pegawai Hidayah Centre Foundation, Aziz Mizan di Masjid Al-Mursyid, Pauh Guring baru-baru ini.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi