Diterbitkan pada 14 April 2022, 13:02

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Padang Besar – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan sebanyak RM3.06 juta untuk bantuan baik pulih rumah mikro yang disumbangkan melalui masjid seluruh negeri Perlis sepanjang tahun 2022 ini.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail selaku Yang DiPertua MAIPs berkenan berangkat menyaksikan upacara simbolik Sumbangan Bantuan Baik Pulih Rumah Mikro tersebut yang diserahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor kepada Imam 1 merangkap Pengerusi Jawatankuasa Masjid Nurul Husna, Felda Chuping, Mohd Fitri Mohamad di masjid berkenaan pada malam semalam.

Menurut baginda, sumbangan itu adalah sebahagian daripada inisiatif dalam Pelan Tindakan Agihan Holistik MAIPs 2.0 dalam melestarikan agihan zakat yang sedang melalui fasa pengukuhannya.

“Pada fasa ini, MAIPs sedang mendalami dan memperluas inisiatif strategik berimpak yang telah dilaksanakan pada fasa pertama dalam Pelan Tindakan Agihan Holistik,” jelas baginda.

Titah Tuanku Raja Muda lagi, Pengurusan MAIPs sentiasa menginsafi akan tanggungjawab yang terpikul di bahu dalam usaha melaksanakan pengurusan agihan zakat yang sempurna dan mencapai sasarannya.

Tuanku Raja Muda turut menunaikan solat isyak dan sunat tarawih berjemaah bersama-sama dengan anak kariah masjid itu.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi