Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) hari ini mengumumkan ketetapan baharu berhubung aktiviti pengimarahan di masjid dan surau di bawah JAWI, iaitu jemaah dibenarkan solat tanpa penjarakan fizikal atau saf dirapatkan bermula 1 April.
Ketetapan baharu tersebut dibuat setelah mendapat titah perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan selaras dengan pengumuman kerajaan berkaitan dengan Fasa Peralihan Ke Endemik.
Pengarah JAWI, Datuk Haji Mohd Ajib Ismail dalam kenyataannya memaklumkan bahawa ketetapan baharu tersebut berkuat kuasa di masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan) dengan kebenaran seperti yang berikut:
Jelasnya, kebenaran tersebut tertakluk kepada prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan selaras nasihat dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Semoga lebih ramai jemaah dapat mengimarahkan masjid dan surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan dan terus bermunajat serta berdoa agar penularan wabak COVID-19 segera dibendung,” katanya.