Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangPadang Besar – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan sebanyak RM 3,156,560 kepada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Perlis (JAIPs) bagi pelaksanaan Sekolah Integrasi Perlis (SIP) untuk tahun 2026.
Simbolik penyerahan peruntukan tersebut disaksikan oleh Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail, merangkap Yang DiPertua MAIPs, baru-baru ini.

Dalam sesi penyerahan peruntukan tersebut, Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, YBrs. Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor mewakili pihak MAIPs, dan Pegawai Hal Ehwal Islam Bahagian Pendidikan, YBrs. Encik Muhammad Israf Ishak pula mewakili pihak JAIPs.
Sementara itu, pelaksanaan SIP merupakan satu daripada usaha MAIPs bagi memperkukuh pendidikan agama Islam pada peringkat sekolah rendah di negeri itu.
Selain itu, pembelajaran di SIP menterjemahkan inisiatif penyatupaduan antara modul Sekolah Agama Petang Perlis di bawah seliaan MAIPs dengan modul Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Pembinaan SIP menjadi pelengkap kepada sistem pendidikan agama Islam sedia ada, khususnya di Perlis.
Sesi pembelajarannya dijalankan pada setiap hari selepas tamat waktu persekolahan arus perdana, selain dikendalikan oleh pihak JAIPs di premis yang dipersetujui menerusi kerjasama erat dengan Jabatan Pendidikan Negeri Perlis.