Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia
Langgan SekarangKuala Lumpur – Kesediaan HAMAS untuk berunding, termasuk persetujuan membebaskan semua tahanan Israel, menyerahkan pentadbiran Gaza kepada kumpulan teknokrat Palestin berasaskan konsensus nasional, serta membuka ruang rundingan melalui pengantara membuktikan kesediaan politik mereka yang berakar kepada prinsip perjuangan rakyat Palestin.
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menerusi kenyataan yang dikeluarkan menegaskan bahawa proses damai tidak hanya boleh bergantung pada kenyataan politik, tetapi mesti disertai dengan jaminan jelas dan kawalan antarabangsa.
Tambah ABIM,
Bagi memastikan perkembangan positif ini berlangsung dengan berkesan dan tanpa halangan, satu misi pemerhati antarabangsa bawah seliaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mesti segera dihantar ke lapangan.
Langkah ini penting bagi memastikan gencatan senjata benar-benar dihormati, keselamatan rakyat Palestin terjamin, serta bantuan kemanusiaan dapat disalurkan tanpa sekatan.
“Kehadiran pemerhati yang sah melalui PBB akan menjadi bukti bahawa tanggungjawab melindungi rakyat Palestin merupakan amanah kolektif masyarakat antarabangsa, dan keamanan hanya dapat dicapai melalui komitmen secara bersama-sama yang dilaksanakan dengan tegas dan nyata,” jelas ABIM.
ABIM sekali lagi menegaskan pendiriannya menolak pelan damai unilateral Presiden Trump kerana menafikan hak rakyat Palestin untuk menentukan masa depan mereka sendiri.