Diterbitkan pada 2 Oktober 2025, 16:08

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Putrajaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menganjurkan Pertandingan Menulis Pantun bertemakan “Islam dan Kesantunan Bahasa” bermula pada 1 Oktober hingga 14 Oktober 2025.

Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia tanpa mengira umur dan latar belakang.

Menurut kenyataan JAKIM, inisiatif ini bertujuan memupuk kecintaan terhadap seni bahasa Melayu dan menggalakkan masyarakat menghayati nilai murni Islam melalui kesenian bahasa yang halus dan penuh adab.

“Pantun adalah khazanah bangsa yang perlu dipelihara.

“Dengan adanya pertandingan ini, kita bukan sahaja memartabatkan bahasa, tetapi juga menyampaikan mesej dakwah dengan cara yang lebih santun dan indah,” jelas JAKIM.

Penyertaan boleh dibuat dengan mengimbas kod QR yang dilampirkan bersama-sama poster rasmi untuk mendapatkan syarat, terma dan borang penyertaan.

Pihak penganjur turut menyediakan hadiah menarik berupa wang tunai dan sijil penghargaan kepada pemenang.

Hadiah utama bernilai RM300 disediakan untuk pemenang pertama, manakala tempat kedua dan ketiga masing-masing membawa pulang wang tunai bernilai RM250 dan RM150.

Selain itu, lima hadiah sagu hati bernilai RM100 setiap satu turut ditawarkan.

Maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh diperoleh melalui laman media sosial rasmi JAKIM.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi