22 Februari 2024, 23:33

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Jabatan Perdana Menteri (JPM) (Hal Ehwal Agama) tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengeksploitasi agama untuk kepentingan diri mahupun kumpulan yang tertentu.

Menteri di JPM (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Mohd. Na’im Haji Mokhtar berkata, pihaknya mengikuti perkembangan laporan oleh akhbar tempatan pada 20 Februari 2024, bertajuk “Eksploitasi Nasab Suci Nabi” serta laporan yang berkaitan.

Katanya, JPM (Hal Ehwal Agama) melalui Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan bekerjasama rapat dengan pihak berkuasa agama Islam khususnya Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat pendedahan yang dinyatakan dalam akhbar tersebut.

“Semua pihak dinasihatkan supaya sentiasa merujuk kepada JAIN berkenaan apa-apa urusan berkaitan dengan pentauliahan mana-mana pendakwah agar setiap perkara yang disampaikan selari dengan ajaran Islam,” katanya dalam kenyataan pada hari ini.

Beliau berkata, semua pihak diseru agar sentiasa berpegang pada neraca ilmu, fakta dan menjauhkan diri daripada taasub.

Tambah beliau, ketaasuban yang melampau dalam sesuatu perkara adalah berbahaya kepada diri dan masyarakat kerana sikap taasub akan menyebabkan seseorang mudah terpengaruh dengan sesuatu dakwaan oleh individu mahupun kumpulan tertentu.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.