24 Mac 2023, 16:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sibu – Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat (Pengajian Tinggi dan Inovasi), Sarawak, Yang Berhormat Datuk Dr. Annuar Rapa’ee melancarkan buku Masjid Al-Qadim: Nadi Masyarakat Islam Sibu di bangunan Masjid Al-Qadim, baru-baru ini.

Yang Berhormat Datuk Dr. Annuar Rapa’ee melancarkan buku Masjid Al-Qadim: Nadi Masyarakat Islam Sibu di bangunan Masjid Al-Qadim, baru-baru ini.

Buku ini merupakan dokumentasi masjid di negeri Sarawak yang pertama kali dibuat kerana kerajaan negeri telah meminta Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) untuk mendokumentasikan sejarah masjid di negeri Sarawak.

Menurut Datuk Dr. Annuar, “Sebanyak 200 naskhah buku tersebut telah dicetak.”

“Sebanyak 100 naskhah akan diwakafkan ataupun dijual, manakala 100 naskhah lagi didermakan kepada masjid dan surau di sekitar bandar Sibu serta perpustakaan sekolah,” tambah beliau.

Beliau amat menghargai usaha kerjasama oleh DBP Cawangan Sarawak dan Universiti Teknologi Sarawak (UTS) yang telah berjaya menerbitkan buku tersebut supaya dapat menjadi tatapan generasi akan datang tentang warisan bersejarah di Sarawak.

Sementara itu, Datuk Dr. Annuar turut menyempurnakan Majlis Pelancaran Sudut Bacaan Buku di Galeri LAKIS.

Pada majlis tersebut, beliau menerima sumbangan buku keagamaan daripada Pengarah DBP Cawangan Sarawak, Encik Abang Haliman Haji Abang Julai.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Naib Canselor UTS, merangkap Presiden UTS, Profesor Datuk Dr. Khairuddin Ab. Hamid, sejarawan, Sibu Haji Hamdan Haji Merais dan pensyarah-pensyarah kanan UTS.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.