Diterbitkan pada 24 Mac 2023, 15:59

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram DBPMalaysia

Langgan Sekarang

Sibu – “Serampang tiga mata,” ungkapan yang diucapkan oleh Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak, Encik Abang Haliman Haji Abang Julai.

Beliau berkata demikian semasa berlangsungnya program Wacana dan Pelancaran Buku Masjid Al-Qadim: Nadi Masyarakat Islam Sibu, serta Pelancaran Sudut Bacaan di Galeri Lembaga Amanah Kebajikan Islam Sibu (LAKIS), baru-baru ini.

Wacana Buku Masjid Al-Qadim: Nadi Masyarakat Islam Sibu yang berlangsung pada sebelah pagi telah dihadiri kira-kira 50 orang peserta.

Masjid Al-Qadim, masjid tertua di Sibu, Sarawak.
Sumber foto: Facebook Masjid Al-Qadim Sibu.

Wacana ini menampilkan dua orang ahli panel dari Universiti Teknologi Sarawak (UTS), iaitu Profesor Dr. Salfarina Abdul Gapor, Pengarah Pusat Kajian dan Pembangunan, dan Profesor Madya Ar. Haris Fadzilah Abdul Rahman, Dekan Pusat Pengajian Alam Binaan, serta Puan Saidatul Faiqah Samasu dari DBP sebagai moderator.

Pada sesi wacana ini, ahli panel mengupas perkongsian maklumat semasa proses penyelidikan dan penerbitan buku tersebut serta perlunya ada kesedaran dalam memulihara dan memelihara khazanah warisan di Sarawak.

Penerbitan buku Masjid Al-Qadim: Nadi Masyarakat Islam Sibu merupakan projek kerjasama antara DBP Cawangan Sarawak dengan UTS.

Hak cipta terpelihara © JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran daripada Pengarah Penerbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel popular harian terus ke e-mel anda?

Kongsi