8 April 2022, 15:50

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Kemeriahan dan kesyukuran dalam menyambut bulan Ramadan, menggerakkan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) untuk turun padang menyampaikan bantuan zakat fitrah terhadap golongan yang memerlukan. Bantuan ini diharapkan dapat menceriakan sambutan Syawal yang akan datang bagi golongan asnaf fakir miskin. Sebagai bulan yang istimewa bagi umat Islam, kedatangan Ramadan setiap tahun juga mengingatkan kita akan nasib golongan yang kurang berkemampuan.

Di sinilah pentingnya peranan amil dalam membantu MAIPs untuk melaksanakan fungsi dan peranannya dalam mempertingkatkan kesejahteraan rakyat.

Demikian dikongsikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor ketika mengiringi Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang berkenan berangkat menyempurnakan simbolik Agihan Bantuan Fitrah MAIPs bagi Tahun 2022M/1443H di Masjid Al-Istiqamah, Kangar.

Keberangkatan tiba baginda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs turut disambut oleh Ketua Bahagian Pengurusan Zakat MAIPs, Syed Aisam Syed Idris. Menurut Mohd Nazim, sebanyak RM4 287 600 telah diagihkan kepada 10 719 penerima yang dikenal pasti oleh 102 amil kariah masjid di seluruh negeri Perlis.

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!