7 April 2022, 17:27

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Simpang Empat – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menyalurkan peruntukan sumbangan bantuan makanan sebanyak RM577 000 bagi Program Ziarah Dakwah Bil Hal MAIPs di seluruh negeri Perlis. Program Ziarah Dakwah Bil Hal adalah salah satu pendekatan MAIPs untuk membantu warga asnaf dan golongan berkeperluan yang disalurkan terus melalui 102 masjid di seluruh negeri Perlis.

Seramai 30 asnaf terpilih menerima sumbangan MAIPS yang akan diagihkan oleh amilnya, Hassan Harun.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor, agihan makanan berkenaan adalah salah satu usaha MAIPs dalam memperkasakan institusi masjid sebagai pusat kesejahteraan sosial untuk ummah.

“Pendekatan turun padang sentiasa diutamakan oleh MAIPs bahkan semangat ini turut diterapkan kepada semua wakil kepimpinan MAIPs pada peringkat kariah di seluruh negeri Perlis,” jelas Mohd Nazim. Demikian dimaklumkan oleh beliau selepas mengiringi Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ke majlis simbolik penyerahan tersebut yang diadakan di perkarangan Masjid Putra, Simpang Empat.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.