Oleh hidayah
23 Mac 2021, 20:31

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR – Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama Persatuan Orang-Orang Cacat Penglihatan Islam Malaysia (PERTIS) telah menganjurkan Program Wacana Kefahaman Islam secara dalam talian di Facebook LIVE PERTIS yang mengupas tajuk “Cabaran Akidah Masa Kini” pada 21 Mac 2021.

Pembicara wacana ialah Ustaz Muhammad Fitri Abdullah, Naib Yang Dipertua Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (PERKIM) merangkap Pengerusi PERKIM Bahagian Negeri Selangor, seorang pendakwah mualaf yang bergiat secara aktif aktiviti dakwah berkaitan dengan akidah orang Islam. Wacana membincangkan isu permasalahan yang timbul dalam kalangan orang Islam meliputi aspek akidah dalam diri. Antaranya, isu memasuki gereja, kuil atau rumah ibadat orang bukan Islam, syirik kepada Allah SWT, sambutan perayaan agama lain, hak untuk murtad dan perkahwinan berlainan agama.

Cabaran pada masa kini terhadap akidah orang Islam sangat membimbangkan kerana dunia semakin membuka ruang yang luas penyebaran kefahaman liberal dan sekular. Akhlak dalam kalangan masyarakat Islam yang terpengaruh dengan budaya yang tidak elok. Selain itu, cabaran untuk menguatkan akidah saudara baru, iaitu golongan mualaf. Lebih-lebih lagi terhadap saudara muslim cacat penglihatan yang mudah untuk dipengaruhi.

Secara tuntasnya, dengan penganjuran wacana ini dapat menarik perhatian dan kesedaran masyarakat tentang isu semasa akidah serta cabarannya. Peranan setiap golongan sama ada dari pihak keluarga, pendidik, agensi agama, pemimpin dan masyarakat amat penting untuk membimbing dan mengembalikan semula akidah Islam yang benar.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.