Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Pemangku Raja Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mencadangkan agar Jabatan Pendakwaan Syariah Negeri Perlis mengkaji peruntukan Enakmen Jenayah dalam Syarak 1991 bagi membuat penambahbaikan enakmen tersebut.

Antara aspek yang perlu dikaji termasuklah berkaitan dengan peruntukan mewujudkan seksyen baharu yang menjadikan pihak yang mengabaikan kewajipan nafkah kepada isteri dan anak-anak, suami yang meninggal langsung isteri dan anak-anak, tidak adil dalam berpoligami, pihak ketiga yang mengganggu dan memecahbelahkan perkahwinan sebagai kesalahan, serta perkara lain yang bersesuaian di bawah bidang kuasa mahkamah Syariah.

Demikian titah baginda selepas berkenan berangkat mempengerusikan Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) Bilangan ke-3 bagi Tahun 2024 yang diadakan di Pejabat Faizuddin Centre of Educational Excellence (FCoEE) Bangunan MAIPs, Kangar.

Tambah Tuanku Syed Faizuddin Putra, “Tujuan pindaan ini adalah bagi memantapkan lagi sistem kekeluargaan dan seterusnya memantapkan sistem perundangan syariah di negeri ini.”

“Walau bagaimanapun, penelitian perlu dibuat bagi mengenal pasti jika terdapat apa-apa halangan undang-undang dan keadilan sebelum apa-apa pindaan dibuat,” jelas baginda.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.