Oleh Chiew Anak Serit
25 Jun 2024, 12:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Sibu – Institut Kemahiran Islam Malaysia Sarawak (IKMAS) dengan kerjasama Majlis Islam Sarawak telah menganjurkan Kursus Sijil Profesionalisme Pengurusan Masjid Sarawak (SPPMS) Modul 1/2024 bagi Zon Tengah pada 22 – 23 Jun 2024 yang lalu bertempat di Masjid An-Nur, di sini.

Program ini disertai oleh 28 orang peserta, termasuk pengerusi, setiausaha, bendahari dan ahli jawatankuasa tertinggi dari Zon Tengah Sarawak (Sibu, Mukah, dan Betong).

Selain bertujuan untuk memantapkan kemahiran peserta untuk merancang dan melaksanakan aktiviti masjid, serta memberikan pendedahan tentang kaedah dan tatacara pengurusan kewangan yang sistematik dan beramanah, program ini juga memberikan bimbingan tentang sistem pengurusan fail, ordinan Majlis Islam Sarawak, integriti, dan pengurusan organisasi masjid.

Para peserta yang sangat responsif semasa bimbingan.

Pada masa yang sama, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Cawangan Sarawak juga diundang untuk memberikan bimbingan tentang Pengendalian Mesyuarat dan Penyediaan Minit Mesyuarat yang berkualiti.

Para penceramah terdiri daripada Ustaz Muhammad Khatib bin Anuar, Ustaz Haji Hazimin Shakir Said, dan Ustaz Fifi Syamri Masri dari Bahagian Kemajuan Institusi Masjid, Jabatan Agama Islam Sarawak (JAIS); Puan Anisah Amit dari Bahagian Pendakwaan Syariah, JAIS; Encik Amrul Nasri Mohammed dari Pustaka Negeri Sarawak; dan Puan Intan Nur-Izzati Shabri dari DBP Cawangan Sarawak.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.