6 Januari 2025, 14:53

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Tuan Haji Abdul Khudus Mohd Naaim dilantik sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) yang baharu, berkuatkuasa pada 1 Januari 2025.

Ketua Pegawai Eksekutif YAPEIM, Ameer Ali Vali Mohamed berkata, pelantikan tersebut disempurnakan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Dato’ Setia Dr. Haji Mohd Na’im Haji Mokhtar setelah memperoleh kelulusan daripada Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

“Tuan Haji Abdul Khudus, 70 tahun, merupakan seorang akauntan bertauliah dan rakan kongsi firma perakaunan dan pengauditan City Partners selain telah berkhidmat sebagai ahli LPA YAPEIM selama hampir dua tahun, iaitu sejak 20 Mac 2023,” kata beliau dalam satu kenyataan, semalam.

Menurutnya, beliau berpengalaman luas dalam bidang kewangan Islam, takaful, perakaunan dan pengauditan.

Tambahnya, beliau juga pernah berkhidmat sebagai Presiden Institut Audit Syariah Malaysia (2019-2024), ahli panel akreditasi, Finance Accreditation Agency (2012-2023) dan ahli jawatankuasa audit Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan (2009-2014).

“Bagi pihak ahli LPA dan warga kerja YAPEIM, saya ucapkan tahniah kepada Tuan Haji Abdul Khudus atas pelantikan ini, dengan harapan YAPEIM akan dipacu ke tahap yang lebih tinggi sesuai dengan aspirasi Projek Najjah yang dilancarkan pada tahun 2023,” katanya.

Beliau juga mewakili pihak ahli LPA dan warga kerja YAPEIM mengucapkan ribuan terima kasih kepada YBhg. Datuk Mohd Radzif Mohd Yunus atas segala jasa, kepimpinan dan khidmat bakti semasa berkhidmat sebagai Pengerusi LPA YAPEIM dari 7 Oktober 2022 hingga 31 Disember 2024.

Kredit Foto: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama)
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.