26 Disember 2024, 16:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Shah Alam – Sempena ambang Tahun Baharu 2025, Kerajaan Negeri Selangor mengundang orang ramai untuk bersama-sama memeriahkan program Festival Darul Ehsan Berselawat yang akan diadakan di Setia City Park, Oval Lawn, Setia Alam.

Program dengan tema “Rehlah Menuju Cahaya Syifa” tersebut berlangsung selama tiga hari, iaitu bermula pada petang esok hingga 29 Disember 2024, dari 4.00 petang hingga 12.00 tengah malam.

Selain itu, program yang menyemarakkan cinta kepada Rasulullah SAW tersebut bakal disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Seri Amirudin Shari.

Penganjuran program berkenaan turut menampilkan banyak tokoh ulama dan asatizah yang terkemuka dari dalam negara mahupun negara jiran, iaitu Indonesia seperti Ustaz Iqbal Zain al-Jauhari, Ustaz Muhammad Bukhari, Ustaz Mohammad Neezam, Maulana Dr. Habib Luthfi Ali Yahya dan Habib Ali Zainal Abidin Assegaf.

Program tersebut diserikan dengan pelbagai pengisian yang terdiri daripada alunan zikir dalail al-khairat, zikir munajat, selawat, tausiyah dam persembahan qasidah yang menghidupkan suasana penuh keberkatan.

Pada masa yang sama, acara khusus yang melibatkan pengunjung Muslimat akan berlangsung pada sebelah petang dengan kehadiran Hubabah Ummu Salim, iaitu isteri Habib Umar bin Hafi dan kemuncaknya akan dihadiri oleh Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin pada 30 Disember 2024.

Berdasarkan pelaksanaan penganjurannya pada tahun ini, program Festival Darul Ehsan Berselawat 2024 pada kali ini merupakan penganjuran kali yang keempat selepas diadakan di Kompleks Sukan Kuala Selangor pada 23 Februari 2024, Dataran Tapak Karnival Stadium Shah Alam pada 1 Jun 2024 dan 2 Jun 2024 serta Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 31 Ogos 2024.

Kredit Foto: Facebook - SUK Selangor
Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.