Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram
Langgan SekarangLenggong – Buat julung-julung kalinya, pendakwah tersohor dari negara jiran, Indonesia, iaitu Profesor Dr. Ustaz Abdul Somad atau lebih dikenali sebagai Ustaz Abdul Somad menerima sijil tauliah mengajar agama negeri Perak pada Jumaat lalu.
Acara penyampaian sijil tauliah mengajar agama berkenaan telah disempurnakan oleh Mufti Negeri Perak, Sahibus Samahah Dato’ Seri Haji Wan Zahidi Wan Teh dalam program Bicara Agama bersama-sama Profesor Dr. Ustaz Abdul Somad yang berlangsung di Padang Majlis Daerah Lenggong.
Terdahulu, Menteri Besar Perak, Yang Amat Berhormat (YAB) Dato’ Seri Haji Saarani Mohamad dalam ucapannya berkata,
Mudah-mudahan kita mendapat ilmu dan hidayah (daripada program yang diadakan).
Daripada ilmu dan hidayah ini, kita berdoa supaya dipererat ikatan silaturahim, diperkuat kasih sayang, mengelakkan kita daripada membuat fitnah atau mengeluarkan perkataan yang menyakitkan hati sesama kita,” ujarnya.
“Kekalkan persahabatan yang baik antara kita, kita boleh berbeza-beza pandangan, parti politik dan pendapat, tetapi Islam ialah agama kita, mengucapkan kalimah syahadah (yang sama) yang menyatukan hati kita,” tambah beliau.
Program Bicara Agama bersama-sama Profesor Dr. Ustaz Abdul Somad merupakan anjuran Pusat Khidmat Ahli Parlimen Lenggong dan Majlis Pelancongan Lenggong bersempena dengan Hari Sayangi Lenggong.
Selain pengisian ceramah agama yang disampaikan oleh Ustaz Abdul Somad di hadapan 10 000 orang yang hadir, turut diadakan persembahan qasidah daripada kumpulan Nur Ahli Badar.
Turut hadir dalam program tersebut ialah Timbalan Menteri Dalam Negeri merangkap Ahli Parlimen Lenggong, Yang Berhormat (YB) Datuk Seri Dr. Shamsul Anuar Haji Nasarah; Ketua Pengarah, Jabatan Imigresen Malaysia, YBhg. Dato’ Zakaria Shaaban; Ahli Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam, YBhg. Dato’ Dr. Muhammad Afifi al-Akiti dan Pegawai Daerah Hulu Perak, YBrs. Tuan Mohamad Fitri Hassan.