29 Mei 2024, 15:23

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuantan – Negeri Sembilan dinobatkan sebagai johan keseluruhan Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan (MTHQK) Tahun 1445 Hijrah/2024 Masihi.

Keputusan MTHQK tersebut telah disampaikan oleh Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), YBhg. Datin Paduka Hakimah Mohd Yusoff yang juga merangkap Pengerusi Jemaah Hakim bagi MTHQK pada kali ini.

Pada majlis tersebut, Qari dari Negeri Sembilan, Mohammad Husaini Mahmur dan qariah Nor Hidayah Abd. Rahman dari Terengganu yang juga merupakan johan menunggu dinobatkan sebagai johan bagi kategori tilawah al-Quran MTHQK.

Naib johan bagi kategori tersebut pula disandang oleh qari dari Terengganu, Abdul Hadi Che Ab. Halim manakala qariah disandang oleh Nadhrah Ahmad Marzuki dari Negeri Sembilan.

Sementara itu, tempat ketiga disandang oleh Mohamad Syaheed Sabri dari Pahang serta qariah Nor Jannah Ab. Rahman dari Terengganu.

Bagi kategori hafazan tahap satu hingga 30 juzuk berserta tafsir pula, juara bagi hafiz disandang oleh Muhammad Rifae’i Mat Zuki dari Kedah manakala hafizah pula disandang oleh Putri Aminah Mohd Hanif dari Kelantan.

Bagi kategori hafazan tahap 1 hingga 20 juzuk pula, juara hafiz dimenangi oleh Muhammad Asyraf Amir dari Johor sementara hafizah pula dimenangi oleh Fatihatul Badriyah Mohd Abd. Latif dari Selangor.

Bagi kategori hafazan tahap satu hingga 10 juzuk breserta taranum bahagian hafiz, Abdullah Afif Mohd Ariffin dari Melaka diumumkan sebagai pemenang manakala hafizah dimenangi oleh Aisyah Nabihah dari Negeri Sembilan.

Perasmian Penutupan MTHQK tahun ini telah disempurnakan semalam oleh Kebawah Duli Paduka Mulia Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang turut berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.