30 Jun 2022, 10:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Majlis Raja-Raja telah bersetuju bahawa keputusan dan cara bagi menetapkan tarikh Hari Raya Aidiladha adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi). Anak bulan Hijrah dicerap pada hari ke-29 bulan semasa selepas matahari terbenam di ufuk timur (waktu Maghrib). Jika anak bulan kelihatan, maka bulan semasa hanya 29 hari dan keesokannya adalah bulan baharu. Jika anak bulan tidak kelihatan, keesokannya adalah hari ke-30 bulan semasa dan lusa adalah permulaan bulan baharu.

Sesi Cerapan Hilal Hari Raya Aidiladha telah diadakan di 29 tempat di seluruh Malaysia termasuklah di Putrajaya International Conversation Center (PICC) dengan pelibatan ahli falak dan para pengkaji dari Jabatan Islam Malaysia (JAKIM), Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan dan agensi lain yang terlibat secara langsung. Orang ramai juga tidak melepaskan peluang keemasan ini untuk menonton siaran secara langsung sesi cerapan hilal  (anak bulan) di laman Facebook rasmi JAKIM pada 29 Julai 2022.

Antara peralatan yang digunakan ketika sesi cerapan itu diadakan ialah sistem solar dan teleskop. Menurut pakar, penggunaan sistem solar adalah untuk melihat kedudukan matahari terbenam. Setelah itu, barulah sesi cerapan anak bulan dilakukan. Laporan daripada pegawai pencerapan meliputi fakta waktu mencerap dan keadaan cuaca ketika mencerap. Hasil sesi cerapan petang semalam, umat Islam di Malaysia akan menyambut Hari Raya Aidiladha pada 10 Julai 2022 bersamaan 10 Zulhijah 1443. Pengisytiharan ini telah disampaikan oleh  Penolong Setiausaha Majlis Raja-Raja, iaitu Tuan Haji Mohd Aseral Jusman.

(Sumber gambar: Facebook rasmi JAKIM)

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.