23 Jun 2022, 23:32

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Calon peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) bagi tahun 2021 bakal memperoleh keputusan peperiksaan tersebut pada 30 Jun 2022 (Khamis). Dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), calon sekolah boleh mendapatkan keputusan peperiksaan STAM daripada sekolah masing-masing mulai pukul 10.00 pagi pada tarikh tersebut. Bagi calon persendirian, slip keputusan peperiksaan STAM akan dihantar melalui pos pada 30 Jun 2022.

Di samping itu, calon sekolah dan calon persendirian juga boleh membuat semakan keputusan peperiksaan melalui kaedah seperti yang berikut:

(a) Secara dalam talian melalui pautan myresultstam.moe.gov.my untuk mendapatkan slip keputusan peperiksaan STAM 2021 mulai pukul 10.00 pagi pada 30 Jun 2022 hingga pukul 6.00 petang pada 6 Julai 2022; dan/atau

(b) Melalui sistem pesanan ringkas (SMS) bagi mendapatkan rumusan keputusan peperiksaan STAM 2021 dengan menaip STAMNoKPAngkaGiliran dan hantar ke 15888. Sistem ini akan diaktifkan mulai pukul 10.00 pagi pada 30 Jun 2022 hingga pukul 6.00 petang pada 6 Julai 2022.

KPM sentiasa komited untuk terus melaksanakan yang terbaik.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.