20 Jun 2022, 16:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan untuk bertitah dalam Majlis penutupan Program Perkampungan Sunnah Siri ke-7 bagi tahun 2022. Program yang menjadi aktiviti tahunan anjuran Jabatan Mufti Negeri Perlis ini telah tertangguh selama dua tahun berikutan pandemik yang melanda negara. Program Perkampungan Sunnah ini telah berlangsung selama tiga hari bermula pada 18 Jun 2022 dengan bertemakan “Bangkit Membela Sunah” yang menjadi platform perbincangan tentang isu semasa sebagai usaha memberikan kesederan kepada masyarakat tentang kepentingan dalil dan kaedah yang benar dalam beragama.

Negeri Perlis ialah benteng utama Ahli Sunnah Wal Jemaah dari segala amalan tahayul, khurafat dan tokok tambah agama tanpa asas yang benar. Beta menyeru seluruh umat Islam supaya berganding bahu dan tolong-menolong dalam membela sunah Rasulullah SAW.” Baginda bertitah demikian ketika berkenan menutup program tersebut di Masjid Alwi di sini, semalam.

Turut berangkat sama ialah Raja Perempuan Perlis, Duli Yang Maha Mulia Tuanku Tengku Fauziah Tengku Abdul Rashid, Raja Muda Perlis Duli yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dan Raja Puan Muda Perlis, Duli yang Teramat Mulia Tuanku Lailatul Shahreen Akashah Khalil. Majlis penutup itu juga dihadiri oleh Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Azlan Man, barisan Exco kerajaan negeri dan Mufti Perlis, Dato’ Arif Perkasa Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Duli Yang Maha Mulia Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullail berkenan mencemar duli dalam Majlis Penutupan Program Perkampungan Sunnah Siri ke-7.

Tuanku Syed Sirajuddin juga menegaskan bahawa negeri Perlis tidak berpegang langsung terhadap ajaran “Wahabi”. Yang menjadi keutamaan bagi negeri tersebut ialah melaksanakan setiap perkara berteraskan al-Quran dan Sunnah dengan melihat kepada huraian dan ijtihad para ulama yang muktabar dalam kalangan aliran Ahli Sunah Wal Jemaah, iaitu tidak terhad pada satu-satu tokoh semata-mata.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.