19 Jun 2022, 11:26

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan menerima kunjungan mengadap hormat delegasi Pertubuhan Al Khaadem yang diketuai oleh Presidennya, Syeikh Hussain Yee yang juga merupakan seorang mubaligh dan sarjana ilmu terkenal di Galeri DiRaja Arau.

Dalam pertemuan tersebut, Syeikh Hussain Yee mempersembah maklum tentang usaha terkini Pertubuhan Al Khaadem dan Skuad Prihatin Kemiskinan (SPK), iaitu bahagian CSR Al Khaadem.

Beberapa peluang kerjasama yang sedia ada dan baharu juga turut dibincangkan antara pihak MAIPs dengan Pertubuhan Al Khadeem.

Tuanku Raja Muda turut menitahkan bahawa guru-guru yang mendidik secara umumnya perlulah sentiasa memperkemas diri dan menambah ilmu sedia ada. Mereka perlu mennjadi contoh terbaik kepada pelajar agar matlamat untuk melahirkan pelajar cemerlang dunia dan akhirat tercapai.

“Bukanlah mudah tugas sebagai seorang guru kerana ujian dan cabaran amat hebat pada zaman ini. Namun begitu, berbekalkan niat, kesabaran dan kecekalan berkerja, insya-Allah sasaran masing-masing akan tercapai dengan jayanya,” titah baginda.

Berangkat sama ialah Raja Puan Muda Perlis, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.