12 Jun 2022, 20:42

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

 

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengajak rakyat di negeri ini agar sentiasa cuba mengambil perspektif baharu dalam melaksanakan tugas-tugas harian di samping sentiasa mempunyai pemikiran terbuka dan pada setiap masa sanggup melaksanakan sesuatu dengan cara yang berbeza bagi mendapatkan hasil yang maksimum.

Demikian dititahkan baginda selepas berkenan berangkat menyerahkan sumbangan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) berjumlah RM21 000 kepada sebanyak 30 orang asnaf terpilih dalam kalangan anak kariah Masjid Al Husna, Batu Bertangkup untuk diagihkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Masjidnya, iaitu Fazil Dahaman baru-baru ini. Hadir sama mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Tuan Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Raja Muda juga berharap agar masyarakat di negeri itu sentiasa memberikan tumpuan untuk mencari idea-idea baharu dan bertindak ke atas idea-idea tersebut, serta pada masa yang sama berusaha mencipta nilai melalui kaedah-kaedah yang baharu dalam apa-apa penugasan sekalipun yang dilaksanakan.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!