14 Mei 2022, 22:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah mengeluarkan edisi kemas kini Syawal 1443 HIJRIAH (H) bagi Takwim 2022 Miladiah/1443-1444 Hijriah bagi negara Malaysia.

Edisi kemas kini tersebut dibuat setelah berlakunya perubahan tarikh 1 Syawal 1443H yang telah diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, iaitu pada hari Isnin, 2 Mei 2022 berbanding dengan hari Selasa, 3 Mei 2022 pada takwim asal yang dikeluarkan.

Perubahan pada takwim edisi kemas kini hanya melibatkan bulan Mei 2022/Syawal 1443H sahaja, manakala perubahan bulan-bulan yang lain tidak telibat. Orang ramai boleh merujuk takwim baharu yang telah dikemas kini di laman web JAKIM, https://www.e-solat.go.my/.

Ketua Unit Komunikasi Korporat JAKIM, Haji Zakaria Othman berharap takwim tersebut dapat membantu melancarkan lagi penyusunan aktiviti harian, ibadat dan urusan kehidupan umat Islam di negara ini. Beliau berkata demikian melalui satu kenyataan media yang disiarkan melalui laman Facebook JAKIM.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.