Oleh Dr. Rosmani Omar
3 Mei 2022, 19:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Arau – Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) memperuntukkan sebanyak RM48 998 466 bersempena dengan Sumbangan Ramadan MAIPs bagi Tahun 1443 Hijrah Bersamaan 2022 Masihi ini. Perkara tersebut dimaklumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor selepas mengiringi Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs dalam acara simbolik penyerahan sumbangan tersebut yang diadakan di Arau baru-baru ini.

Menerusi sumbangan tersebut, Tuanku Raja Muda menitahkan harapan agar MAIPs akan terus maju ke hadapan, bersemangat serta memperkasakan kembali segala jaringan kerjasama strategiknya dengan agensi di dalam dan di luar negara bagi memperkukuh kedudukannya. Selain itu, baginda juga berharap agar MAIPs terus berusaha menjayakan semula momentum segala bentuk program dan perancangan demi kebaikan ummah di negeri dan di rantau ini sepertimana yang telah dilaksanakan pada sebelum era penularan COVID-19 yang lalu.

Menurut Haji Mohd Nazim, sumbangan tersebut diagihkan untuk Program Dakwah Bil Hal MAIPs, Bantuan Fitrah MAIPs, Program Ihya Ramadan Rumah-Rumah Anak Yatim Negeri Perlis, Program Ihya Ramadan Rumah-rumah Kebajikan Negeri Perlis, Peruntukan Tahunan Institusi Pendidikan Islam Negeri Perlis, Bantuan Mikro Baik Pulih Rumah, Bantuan NGO Muallaf, Peruntukan Tahunan kepada Teratak Rahmat Persatuan Al-Islah, Program Ihya Ramadan kepada IPT Negeri Perlis, Amilin Petugas Lebaran Rejimen 504 Askar Wataniah, Bantuan Muallaf dan juga Peruntukan Tahunan kepada PERKIM Negeri Perlis.

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!