2 Mei 2022, 12:03

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Perlis – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat hadir menyaksikan majlis “Cerapan Rukyah Hilal Syawal 1443 Hijrah/2022 Masihi” yang diadakan di Menara Pandang, Masjid Al-Hussain, Kuala Perlis pada malam semalam.

Menjelang Aidilfitri, baginda mengajak seluruh umat Islam, agar sama-sama menggunakan kesempatan Aidilfitri pada kali ini untuk bermuhasabah diri, memperbanyakkan istighfar serta menghiasinya dengan takbir, tahmid dan tahlil sebagai lambang kesyukuran atas limpah kurnia dan rahmat Allah Azza Wajalla kepada kita semua.

Raja Muda Perlis berangkat hadir menyaksikan majlis “Cerapan Rukyah Hilal Syawal 1443 Hijrah/2022 Masihi”di Menara Pandang.

Baginda dan Raja Puan Muda Perlis DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berserta anakanda baginda, iaitu Yang Amat Mulia (YAM) Sharifah Khatreena Nuraniah Jamalullail, YAM Sharifah Farah Adriana Jamalullail dan YAM Syed Sirajuddin Areeb Putra Jamalullail turut mengucapkan “Selamat Hari Raya Aidilfitri 1443H” dan “Taqabbalallahu minna wa minkum” kepada semua.

DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs dan DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah seterusnya berkenan menyaksikan majlis Menandatangani Pengesahan Rukyah Hilal Syawal 1443H/2022M Negeri Perlis di lokasi yang sama.

Raja Muda Perlis semasa Majlis Menandatangani Pengesahan Rukyah Hilal Syawal 1443H/2022M Negeri Perlis.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Raja Muda mengajak semua masyarakat agar sentiasa bersatu hati dalam memutuskan rangkaian penularan COVID-19. Baginda juga mengingatkan masyarakat agar tidak leka dan terus mengamalkan kawalan kendiri.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!