30 April 2022, 23:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Muda Perlis, Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berkenan berangkat singgah menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat daripada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada Zainol Talib, 66 tahun yang kurang sihat dan merupakan seorang daripada penerima ‘Bantuan Fitrah MAIPs’ di Kg Belukar baru-baru ini.  Turut hadir mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Nohd Nazim Mohd Noor.

Raja Muda Perlis, MAIPs, asnaf, zakat
DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail semasa menyantuni dan menyampaikan sumbangan agihan zakat kepada Zainol Talib (66 tahun).

 

Dalam usaha membantu masyarakat yang memerlukan di Kangar, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra bertitah agar masyarakat di Perlis sentiasa menerapkan semangat berusaha tanpa mengalah dalam apa-apa jua bidang yang diceburi. Titah baginda, masyarakat jangan terlalu mudah mengeluh sehingga berjaya mencapai impiannya.

Tambah baginda lagi, masyarakat hendaklah bekerja keras, sabar dan menganggap rutin seharian ialah tugasan yang harus dilaksanakan untuk mendapatkan hasil atau keputusan yang cemerlang demi kemajuan diri sendiri.

Pada kesempatan yang sama, Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs menasihati rakyat supaya pintar dalam mengatur waktu, berperanan dalam rumah tangga, pendidikan serta fokus dalam dunia profesional. Selain itu, baginda juga mengharapkan masyarakat agar terus produktif dan tidak mensia-siakan setiap waktu yang dimiliki dalam hidup.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.