22 April 2022, 23:37

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Pada tahun 2021 yang lalu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah menyalurkan “Agihan Bantuan Sebuah Rumah MAIPs” sebanyak RM 3 834 785 untuk 83 penerima, melaksanakan “Agihan Bantuan Baik Pulih Rumah MAIPs” sebanyak RM 5 596 275 untuk 250 penerima, selain menyempurnakan “Agihan Bantuan Mikro Baik Pulih Rumah MAIPs” melalui 102 buah kariah sebanyak RM 2 550 000.

Pihak MAIPs amat menghargai individu yang sentiasa bermurah hati dan menjalankan tanggungjawab mereka menghulurkan sumbangan zakat untuk dikongsi bersama-sama asnaf yang memerlukan di negeri ini.

Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menurut hebahan media MAIPs selepas berkenan berangkat singgah merasmikan Projek Peningkatan Sosioekonomi Asnaf MAIPs berupa perniagaan apam balik yang diusahakan oleh Yusmala Abdul Razak dari Kampung Behor Temak, Kangar sempena Kayuhan MAIPs Peduli baru-baru ini.

Turut mengiringi baginda ialah Ketua Pegawai Eksekutif  MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor.

Tuanku Raja Muda yang juga merangkap Tuanku Yang DiPertua MAIPs pada kesempatan yang sama menerangkan bahawa walaupun negara kini sudah mulai memasuki fasa peralihan ke endemik, namun masih ramai dalam kalangan masyarakat yang masih terkesan dan memerlukan bantuan dari segi ekonomi serta juga sosial akibat penularan wabak COVID-19 yang telah melanda dunia sejak dua tahun lalu.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.