18 April 2022, 10:39

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Bangi – Ramadan kali ini memperlihatkan kanak-kanak mula menjalani rutin harian seperti sebelum pandemik melanda walaupun masih terikat dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP) COVID-19. Selain itu, rutin persekolahan yang padat dengan norma baharu juga sudah bermula, namun hal tersebut tidak menghalang mereka terus bersemangat untuk hadir ke sekolah.

Sungguhpun demikian, jadual yang padat sudah tentu tidak akan menyekat kreativiti mereka. Bagi yang mempunyai minat dan semangat, ruang dan peluang yang diberikan sudah tentu tidak akan disia-siakan. Selaras dengan perkembangan tersebut, bersempena dengan bulan al-Quran  diturunkan, Pusat Penyelidikan Manuskrip Alam Melayu, Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia menganjurkan Pertandingan Mewarna Seni Ragam Hias Mushaf Peringkat Kebangsaan 1443/2022. Pertandingan ini diadakan secara dalam talian dan terbuka kepada dua kategori iaitu Kategori A (7-9 tahun) dan Kategori B (10-12 tahun).

Tarikh tutup pertandingan adalah pada 2 Mei 2022. Kanak-kanak yang berminat untuk menyertai pertandingan ini bolehlah mendapatkan bantuan ibu bapa atau penjaga bagi mengimbas kod QR yang tertera pada poster yang disertakan dalam berita ini dan tekan pautan yang berikut http://tinyurl.com/3kzd8s6b untuk mendapatkan maklumat lanjut. Daftarkan maklumat peribadi peserta terlebih dahulu sebelum karya seni ragam mushaf dikongsikan kepada peserta untuk diwarnakan. Karya yang telah siap diwarnakan hanya perlu diimbas dan die-melkan kepada urus setia pertandingan. Ayuh semaikan sifat cinta akan al-Quran dan serlahkan bakat dalam kalangan generasi pewaris negara dengan berkarya!

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!