16 April 2022, 11:51

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Sepanjang tahun lalu, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) telah mengambil pelbagai langkah proaktif bagi membantu golongan yang terkesan dari aspek kewangan dan ekonomi akibat penularan COVID-19 dengan menghulurkan sumbangan bagi membantu mereka yang terkesan teruk, terutamanya golongan asnaf di negeri ini.

Antara inisiatif atau bantuan yang dilaksanakan termasuklah ‘Agihan Bantuan Khas Rangsangan Asnaf MAIPs Kesan Pandemik COVID-19’ kepada 18 179  orang penerima berjumlah RM5 453 700.

Pihak MAIPs juga telah membuat agihan bantuan kepada 15 303 orang melalui akaun bank penerima. Sementara itu, bagi 2876 penerima yang tidak mempunyai akaun, sumbangan tersebut diagihkan secara edaran melalui amil kariah.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah demikian ketika berkenan berangkat menyempurnakan perasmian ‘Majlis Apresiasi Penyumbang Zakat Gaji Tahun 2021 Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs)’ yang diadakan di Masjid Tuanku Syed Putra Jamalullail, Kangar pada petang semalam.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Haji Mohd Nazim Mohd Noor memaklumkan bahawa majlis tersebut dilaksanakan sebagai medium untuk menghargai para penyumbang zakat pendapatan di bawah Skim Potongan Secara Bulanan melalui Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.