25 Mac 2022, 10:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Pengumuman kerajaan Arab Saudi menarik balik kebanyakan sekatan berkaitan COVID-19 termasuklah perjalanan, pergerakan fizikal, ujian antigen pantas dan kuarantin wajib kepada individu yang ingin ke negara tersebut disambut baik oleh kerajaan Malaysia.

Menurut Menteri Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad, kerajaan Arab Saudi tentunya telah menilai pelbagai aspek dan semua protokol kesihatan sejak wabak COVID-19 melanda dunia dua tahun lalu sebelum menarik balik sekatan tersebut, sejajar dengan situasi pandemik yang bertambah baik di negara tersebut. Sememangnya keputusan tersebut dibuat susulan penurunan kes dan kadar vaksinasi mencapai 99 peratus untuk semua penduduk berumur 12 tahun ke atas di negara tersebut.

Pihak Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) berharap lebih ramai umat Islam di Malaysia dapat menunaikan ibadat umrah dan haji pada tahun ini dan pada masa akan datang.

“Kerajaan Arab Saudi pastinya telah membuat segala persiapan rapi berpandukan amalan terbaik pengendalian antarabangsa demi menjaga keselamatan rakyatnya dan juga para jemaah umrah dan haji yang datang dari seluruh pelosok dunia,” katanya.

Kerajaan Malaysia khususnya Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) akan sentiasa terus bekerjasama dengan kerajaan Arab Saudi untuk sentiasa melakukan yang terbaik demi keselamatan dan kesihatan jemaah umrah dan haji.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.