4 Februari 2022, 20:28

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Putrajaya – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad telah merasmikan Sambutan Bulan Solat Peringkat Kebangsaan Tahun 2022 di Auditorium Kompleks Islam Putrajaya siang tadi. Turut hadir ialah timbalan beliau, YB Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary dan Pemangku Ketua Pengarah JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff. Kempen tersebut menggunakan #JOMSOLAT.

Kempen Bulan Solat Peringkat Kebangsaan akan berjalan sepanjang tahun, namun dipergiatkan kempennya sepanjang bulan Rejab. Pemilihan bulan Rejab adalah untuk mengingatkan kembali peristiwa penting dalam bulan ini, iaitu peristiwa Israk dan Mikraj. Melalui peristiwa inilah kewajipan solat difardukan terus kepada Rasulullah SAW.

Sepanjang kempen ini, terdapat pelbagai pengisian yang akan dilaksanakan oleh Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Negeri dan Badan Bukan Kerajaan (NGO). Antara pengisian tersebut termasuklah kempen Solat Jemaah, kempen Masjid ke Masjid, Program Jom Solat Anak Muda, dan pelbagai lagi kempen yang bakal berlangsung di seluruh negara.

(Sumber: Facebook Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad)

Menurut YB Senator Tuan Haji Idris bin Haji Ahmad, kempen ini juga adalah bagi mengangkat satu daripada lima inisiatif MANTAP yang dibawa oleh beliau, iaitu pemantapan mental, jasmani dan rohani. Majlis Pelancaran dan Perasmian Sambutan Bulan Solat Kebangsaan ini telah dimulakan dengan forum bual bicara bertajuk “Jom Solat” bersama dua orang ahli panel, iaitu Profesor Madya Dato’ Dr. Mohd Izhar Ariff dan dan Prof. Madya Dr. Nik Salida Suhaila.

 

 

 

 

 

 

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.