31 Januari 2022, 09:55

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Yahudi sebagai sebuah bangsa memiliki karakter tersendiri berbeza dengan bangsa yang lain. Karakter Yahudi banyak dibayangi oleh sifat negatif dan buruk yang terdapat pada bangsa tersebut. Secara umumnya, karakter negatif bangsa Yahudi amat banyak kerana mereka terkenal sebagai golongan yang banyak berdusta, degil dan keras kepala, penipu, mengubah ayat-ayat Allah mengikut hawa nafsu mereka, suka mencela, dengki dan bakhil.

Golongan Yahudi juga merupakan golongan yang sombong dan tidak mahu tunduk terhadap ajaran Rasulullah SAW walaupun mereka mengetahui kebenaran Rasulullah SAW dan ajaran Baginda. Ibn Qayyim menyatakan bahawa orang Yahudi telah mengetahui dan meyakini kebenaran kenabian Rasulullah SAW dan mereka telah pun menyatakan hal itu, tetapi mereka tetap memilih kekafiran dan kesesatan. Sehubungan dengan itu, tidak hairanlah jika didapati mereka begitu mudah mendustakan ajaran yang dibawa oleh para rasul.

Secara khususnya, antara karakter Yahudi yang dinyatakan dalam al-Quran sebagaimana yang terdapat dalam Tafsir al-Maraghi termasuklah kufur kepada Nabi Muhammad SAW (Surah al-Baqarah 2:41), bangsa yang paling sombong dan membangga diri (Surah al-Baqarah 2:91), dan suka menghalang kebenaran (Surah Ali ‘Imran 3:99).

Contoh sikap golongan Yahudi yang penuh dengan kesesatan itu dapat dilihat melalui perkara berikut:

  1. Mudah terjerumus dalam kekufuran

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan kaum Nabi Musa, sesudah dia (pergi ke Gunung Tursina), mereka membuat daripada barang-barang emas perhiasan mereka, (patung) anak lembu yang bertubuh dan bersuara (Allah berfirman): ‘Tidakkah mereka memikirkan bahawa patung itu tidak dapat berkata-kata dengan mereka dan tidak dapat juga menunjukkan jalan kepada mereka? Mereka menjadikannya (berhala yang disembah) dan sememangnya mereka adalah orang yang melakukan kezaliman.’” (Surah al-A‘raf  7:148).

Ibn Kathir menjelaskan bahawa setelah perginya Nabi Musa a.s. ke Gunung Tursina untuk bermunajat dan menerima wahyu daripada Allah SWT, seorang pengikut baginda yang bernama Samiri telah membuat patung anak lembu daripada emas yang dipinjam daripada orang Qibti ketika mereka berada di Mesir. Samiri kemudiannya menjadikan patung anak lembu itu sebagai Tuhan sebenar mereka, dan juga Tuhan kepada Nabi Musa a.s. Maka disebabkan perbuatan menyembah patung anak lembu itu, mereka telah menjadi kufur.

  1. Angkuh dan sombong

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata, ‘Wahai Musa! Kami tidak akan beriman kepadamu sehingga kami dapat melihat Allah dengan terang (dengan mata kepala kami).’ Maka itu kamu disambar petir, sedang kamu semua melihatnya.” (Surah al-Baqarah 2:55).

Peristiwa ini terjadi apabila Nabi Musa a.s. meminta pengikutnya yang terpilih seramai 70 orang dalam kalangan Bani Israel supaya bertaubat kepada Allah SWT disebabkan dosa mereka mensyirikkan Allah dengan menyembah patung anak lembu. Akan tetapi, mereka enggan beriman dan bertaubat kecuali setelah mereka dapat melihat Allah SWT secara nyata di hadapan mata mereka. Disebabkan kebiadaban mereka yang melampau ini, kesemua mereka telah mati disambar petir sebagai balasan azab daripada Allah SWT.

  1. Membunuh para nabi.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Maka (Kami laknat mereka) dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, dan mereka kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, dan mereka pula membunuh para nabi dengan tiada sesuatu alasan yang benar, dan mereka juga mengatakan: ‘Hati kami tertutup (tidak dapat menerima ajaran Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad).’ (Sebenarnya hati mereka tidak tertutup), bahkan Allah telah memeterai hati mereka disebabkan kekufuran mereka. Oleh itu, mereka tidak beriman kecuali sedikit sahaja.” (Surah al-Nisa’ 4:155).

Diriwayatkan bahawa orang Yahudi telah membunuh 300 orang nabi.  Nabi Zakaria a.s. dan anaknya, Nabi Yahya a.s. adalah antara yang dibunuh oleh orang Yahudi kerana enggan tunduk kepada permintaan pemimpin mereka. Demikianlah tabiat jahat orang Yahudi yang tidak pernah serik dan tidak berubah hinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW apabila mereka beberapa kali membuat percubaan untuk membunuh Baginda.

  1. Menyelewengkan kitab Taurat yang diturunkan kepada mereka.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Maka dengan sebab mereka mencabuli perjanjian setia mereka, Kami melaknat mereka, dan Kami jadikan hati mereka keras membatu (tidak mahu menerima kebenaran). Mereka sentiasa mengubah kalimah (yang ada di dalam kitab Taurat dengan memutarnya) daripada tempat-tempatnya (dan maksudnya) yang sebenar, dan mereka melupakan (meninggalkan) sebahagian daripada apa-apa yang diperingatkan mereka dengannya. Dan engkau (wahai Muhammad) sentiasa dapat melihat perbuatan khianat yang mereka lakukan, kecuali sedikit daripada mereka (yang tidak berlaku khianat). Oleh itu, maafkanlah mereka (jika mereka sedia bertaubat) dan janganlah dihiraukan, kerana sesungguhnya Allah suka kepada orang-orang yang berusaha supaya baik amalannya.” (Surah al-Maidah 5:13).

Allah SWT telah melaknat orang Yahudi disebabkan pelanggaran mereka terhadap perintah Allah SWT dalam kitab Taurat. Selain itu, mereka juga sengaja mengubah isi kandungan kitab Taurat terutamanya yang berkaitan dengan pemberitaan kerasulan Nabi Muhammad SAW. Disebabkan perbuatan jahat itu, hati mereka menjadi keras dan sangat sukar untuk menerima kebenaran. Kebanyakan  orang Yahudi juga sangat suka mengkhianati perjanjian dan sangat kuat permusuhan dan dendam mereka terhadap Nabi Muhammad SAW.

  1. Sangat tamak terhadap harta dunia.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Demi sesungguhnya engkau (wahai Muhammad) akan dapati mereka itu setamak-tamak manusia terhadap hidup (yang lanjut masanya), dan (lobanya mereka kepada hidup itu) melebihi loba orang kafir musyrik. Tiap-tiap seorang daripada mereka suka kiranya dia boleh hidup seribu tahun, padahal umur panjang yang demikian, tidak akan dapat melepaskannya daripada azab (yang disediakan oleh Allah). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melihat akan apa-apa yang mereka lakukan.” (Surah al-Baqarah 2:96).

Allah SWT memerintahkan Nabi Muhammad SAW supaya mencabar orang Yahudi agar mereka bercita-cita untuk mati memandangkan dakwaan mereka sebelum ini yang menyatakan bahawa syurga khusus untuk orang Yahudi semata-mata. Sebaliknya, orang Yahudi tidak akan menyahut cabaran tersebut kerana mereka mengetahui disebabkan dosa yang mereka lakukan, mereka sudah pastinya akan dicampakkan ke dalam api neraka. Orang Yahudi juga tersangat mencintai kehidupan dan kemewahan dunia, sehinggakan mereka sentiasa berangan-angan untuk hidup dalam tempoh yang lama.

  1. Durhaka dan melampaui batas, serta membiarkan kemungkaran yang terjadi antara mereka.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Orang kafir Yahudi daripada Bani Israel telah dilaknat (dalam kitab Zabur dan Injil) melalui lidah Nabi Dawud dan Nabi Isa ibni Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang-larangan (sesama sendiri) daripada perbuatan mungkar (derhaka dan ceroboh) yang mereka lakukan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa-apa yang mereka telah lakukan.” (Surah al-Maidah 5:78-79).

Allah SWT telah mencela golongan Yahudi yang tidak peduli dan membiarkan sahaja kemungkaran yang berlaku dalam masyarakat mereka. Perbuatan mungkar dan melampaui batas seolah-olah direstui kerana mereka sedikit pun tidak berasa bersalah atas sebarang perbuatan mungkar, bahkan dibiarkan kemungkaran bermaharajalela dalam masyarakat.

  1. Menyembunyikan kebenaran sekalipun telah jelas hakikat kebenaran itu di hadapan mata mereka.

Firman Allah SWT yang bermaksud, “Orang (Yahudi dan Nasrani) yang Kami berikan kitab itu mengetahui serta mengenalinya (Nabi Muhammad dan kebenarannya) sebagaimana mereka mengenal anak-anak mereka sendiri. Dan sesungguhnya sebahagian daripada mereka berusaha menyembunyikan kebenaran itu, sedang mereka mengetahui (salahnya perbuatan yang demikian).” (Surah al-Baqarah 2:146).

Allah SWT membongkar perangai pendeta Yahudi yang mengingkari kerasulan Nabi Muhammad SAW walaupun mereka sangat mengenali peribadi Baginda berdasarkan tanda-tanda kerasulan yang terlalu jelas dalam kitab suci mereka. Pengingkaran ini tidak lain dan tidak bukan disebabkan kecintaan mereka terhadap habuan dunia berbanding dengan hidayah dan petunjuk daripada Allah SWT.

  1. Suka mendengar cerita bohong dan memakan makanan yang haram. (Surah al-Maidah 5:42)

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “Mereka sangat suka mendengar berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya). Oleh itu, kalau mereka datang kepadamu, maka hukumlah antara mereka (dengan apa-apa yang telah diterangkan oleh Allah), atau berpalinglah daripada mereka; dan kalau engkau berpaling daripada mereka maka mereka tidak akan dapat membahayakanmu sedikit pun; dan jika engkau menghukum maka hukumlah antara mereka dengan adil; kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang yang berlaku adil.”

Allah SWT menjelaskan sifat yang paling menonjol dalam kalangan orang Yahudi, iaitu terlalu gemar mendengar berita palsu serta amat suka memakan harta yang paling keji pengharamannya, iaitu harta yang diperoleh melalui jalan rasuah dan riba. Sesungguhnya, kedua-dua sifat ini merupakan ciri khusus orang Yahudi sepanjang zaman.

Inilah sebahagian dari sifat dan sikap Yahudi yang terdapat dalam al-Quran. Selain sifat dan sikap yang telah dipaparkan tersebut, masih banyak lagi perkara buruk lainnya tentang Yahudi ini yang disebutkan dalam al-Quran.

 

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Content is protected !!