22 November 2021, 22:45

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Oleh: Nur Aishah Daros

Kangar – “Individu yang beretika pasti memperoleh kebaikan dari segi fizikal, ketenangan jiwa dan perasaan. Individu yang beretika juga dapat membina sahsiah dan keperibadian yang baik kerana individu tersebut memelihara dirinya dengan mengamalkan sifat-sifat yang terpuji. Masyarakat juga sentiasa mengiktiraf individu sebegini sebagai orang yang berbudi tinggi”. Demikian titah Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail dalam program berbasikal” MAIPs Peduli Khas Covid-19″ di sekitar mukim Utan Aji dekat Kangar baru-baru ini.

Menurut baginda, pemahaman maksud etika adalah salah satu istilah yang dikaitkan dengan sejarah, watak dan juga akhlak manusia. Hal ini membincangkan baik ataupun buruk, betul ataupun salah sesuatu tingkah laku.

Etika turut memainkan peranan penting dalam pembentukan sesebuah keluarga yang bahagia. Ikatan yang erat berdasarkan etika kekeluargaan dapat mewujudkan keharmonian rumah tangga. Begitu juga dalam masyarakat, etika dapat memelihara keamanan, keadilan dan juga kesejahteraan yang berterusan.

 

Masyarakat yang beretika akan membentuk persekitaran yang lebih sihat dan dapat menghindari kelakuan negatif serta masalah sosial seperti ketagihan dadah, rompakan, penyeludupan, pembuangan bayi dan sebagainya.

Tuanku Syed Faizuddin juga berkenan untuk turut serta menjejaki dan menyantuni asnaf bagi menyampaikan agihan zakat MAIPs berjumlah RM700 setiap seorang.

Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi