Oleh Dr. Rosmani Omar
21 November 2021, 11:30

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kangar – Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah bahawa perubahan zaman dan realiti kehidupan pada masa ini telah mengubah cara, tingkah laku dan corak hidup masyarakat. Kemudahan dan kecanggihan teknologi pada hari ini membolehkan dan memudahkan kita untuk berkomunikasi, mengekspresi dan menzahirkan apa-apa yang terpendam dalam diri. Misalnya, jaringan Internet merupakan infrastruktur yang “wajib” dibangunkan di seluruh dunia.

Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah selepas berkenan berangkat menyerahkan bantuan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs).

Sehubungan dengan itu, menurut Raja Muda Perlis,

Kepesatan teknologi memerlukan panduan serta asas agama yang begitu kukuh dan juga budaya yang ampuh bagi mempersiapkan masyarakat dan generasi muda umat Islam dan bangsa Melayu yang akan datang untuk menghadapinya.

 

Hal ini demikian kerana menurut Raja Muda Perlis, perkembangan terkini Internet yang disebutkan sebagai “dunia meta” atau metaverse ini akan menjadikan realiti dunia menerima interaksi alam siber yang mirip dan menyerupai dunia nyata. Perkara ini akan menawarkan pengalaman bersosial kepada satu dimensi baharu.

Titah Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail ini disampaikan selepas berkenan berangkat menyerahkan bantuan zakat Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) kepada seramai 30 orang asnaf terpilih daripada kalangan anak kariah Masjid Uthman bin Al Affan, Kampung Surau, Utan Aji yang diwakilkan melalui amil kariahnya, Encik Azman Shamsudin. Menerusi majlis ini, Raja Muda Perlis yang juga merangkap Yang DiPertua MAIPs menyampaikan bantuan zakat sebanyak RM21 000 dan daripada jumlah ini, penerima masing-masing menerima sebanyak RM700.

Raja Muda Perlis semasa menyampaikan bantuan zakat.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi