24 Julai 2021, 22:21

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dengan kerjasama Kementerian Alam Sekitar dan Air telah mengambil inisiatif mewujudkan Tabung Wakaf Tunai Khas Perkhidmatan Air atau Wakaf Air yang bertujuan untuk membantu pembiayaan projek perkhidmatan bekalan air berskala kecil untuk golongan yang memerlukan. Projek tersebut termasuklah pewujudan sumber bekalan air, iaitu penggalian perigi, penyelenggaraan dan pembelian alat ganti bagi meneruskan bekalan air bersih.

Sehingga 30 Jun 2021, sejumlah RM167 211.00 telah dibelanjakan bagi membiayai projek perkhidmatan air berskala kecil ke seluruh negara. Sumbangan ini diharapkan dapat merancakkan lagi amalan berwakaf di Malaysia tidak kira sama ada di YWM atau di Majlis Agama Islam Negeri. Hal ini sekali gus dapat membantu lebih banyak pihak dalam semua aspek kehidupan.

 

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.