17 Mei 2021, 09:04

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

GAZA: Pengeboman paling besar yang disasarkan ke kota Gaza Ahad lalu dengan 55 serangan udara dan beberapa tembakan telah mengorbankan 42 penduduk Palestin serta puluhan lagi cedera, selain memusnahkan tiga bangunan termasuk kediaman bertingkat. Angka tersebut disifatkan sebagai jumlah korban terburuk sejak konflik itu bermula seminggu lalu.

Serangan yang dilancarkan beberapa minit sebelum subuh itu menyaksikan kawasan pesisiran pantai Palestin yang dikuasai pejuang Hamas dihujani peluru berpandu, roket dan bedilan artileri. Pihak berkuasa tempatan berkata, api marak ketika letupan kuat menggegarkan Gaza, mengakibatkan bekalan elektrik terputus dan ratusan bangunan musnah.

Serangan bertubi-tubi jet Israel itu menyebabkan penduduk Gaza diselubungi ketakutan untuk berada di dalam rumah. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menganggarkan lebih 10 000 penduduk Palestin meninggalkan kediaman masing-masing selepas Israel terus melancarkan serangan udara dan darat tanpa henti. Kebanyakan mereka mendapatkan perlindungan di beberapa sekolah yang dibiayai oleh PBB di utara Gaza.

Tindakan biadab rejim zionis di bumi suci Palestin itu bukan sahaja membunuh orang dewasa, malah turut mengorbankan nyawa kanak-kanak yang tidak berdosa. Keseluruhannya, seramai lebih 200 orang mangsa terkorban setakat ini. Jumlah itu dijangka meningkat susulan operasi menyelamat di kawasan runtuhan.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.