Oleh Naimah Yusof
20 April 2021, 21:01

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

Kuala Lumpur – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada hari ini tampil memberikan jawapan berkaitan dengan artikel “Tuhan Juga Milik Eksklusif Orang Islam” yang disiarkan dalam portal Malaysiakini pada 16 April 2021 yang ditulis oleh Uthaya Sankar SB. Dalam tulisan tersebut ditimbulkan isu berkenaan dengan kata “Tuhan”  dan “tuhan” yang terdapat dalam antologi Meredah Kabus terbitan DBP, dan perakaman kedua-dua kata ini dalam kamus terbitan DBP.

Menurut DBP:

  1. Peraturan ejaan dalam bahasa Melayu, rujukan utamanya ialah Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (DBP:1975). Satu panduan umum daripada Pedoman tersebut menyatakan bahawa huruf besar digunakan untuk kata dan ungkapan yang berhubung dengan hal ehwal keagamaan, kitab suci, nama Tuhan, termasuklah kata gantinya. Oleh itu, Tuhan sebagai kata yang berhubung dengan agama hendaklah ditulis dengan huruf besar.
  2. Berkaitan dengan peraturan ejaan dalam bahasa Melayu, rujukan utamanya ialah Pedoman Umum Ejaan Bahasa Melayu (DBP:1975). Satu panduan umum daripada Pedoman tersebut menyatakan bahawa huruf besar  digunakan untuk kata dan ungkapan yang berhubung dengan hal ehwal keagamaan, kitab suci, nama Tuhan, termasuklah kata gantinya. Oleh itu, Tuhan sebagai kata yang berhubung dengan agama hendaklah ditulis dengan huruf besar.
  3. Kamus pula menghimpunkan perbendaharaan kata yang ada dalam sesuatu bahasa, dan perakamannya berdasarkan penggunaan sebenar penggunanya. Misalnya, kata Tuhan (T huruf besar) dalam kamus DBP dirakamkan sebagai kata nama khas yang merujuk Allah Yang Maha Esa sesuai dengan penggunaannya berdasarkan data yang ditemukan. Manakala, kata tuhan (huruf kecil) ialah nama am yang merujuk dewa-dewa dan sebagainya yang mempunyai nama-namanya yang khas. Penemuan ini seiring dengan perkembangan bahasa dan penggunaan oleh masyarakat.
  4. Sebagai perbandingan, pendekatan ini sama juga dengan amalan oleh beberapa buah rujukan dalam bahasa Inggeris seperti Oxford Dictionary of English, Collins English Dictionary dan Wikipedia. Dalam Oxford Dictionary of English Second Edition (2003)  God merujuk Tuhan dalam agama monoteistik (percaya kepada hanya satu Tuhan), manakala god merujuk tuhan-tuhan bagi agama yang bersifat politeistik (percaya kepada banyak tuhan).

Berdasarkan kenyataan yang diberikan, DBP berharap agar tidak timbul sebarang salah tanggap dan kerisauan berhubung dengan perkara ini.

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.