Oleh hidayah
21 Mac 2021, 22:00

Untuk mendapatkan maklumat terkini, ikuti kami melalui Telegram

Langgan Sekarang

KUALA LUMPUR – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) pada tahun ini telah memudahkan proses pengagihan bantuan pakaian dan peralatan persekolahan bagi sesi 2021. Melalui program MAIWP KASIH ASNAF, bantuan ini diberikan kepada golongan asnaf yang mempunyai anak di sekolah rendah dan juga sekolah menengah. Setiap individu yang layak akan menerima baucer bernilai RM250 hingga RM400 diberikan mengikut sekolah.

Mereka yang layak boleh “beli tanpa bayar” di 46 kedai dan pasar raya yang terpilih sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. Proses penebusan ini boleh dibuat mulai hari ini hingga 30 April 2021. Proses pembelian keperluan peralatan sekolah adalah seperti yang berikut:

  1. Setiap penerima bantuan diwajibkan untuk membeli barangan wajib terlebih dahulu yang telah ditetapkan oleh MAIWP.
  2. Serahkan Mykad/MyKid/Kad Pintar di terminal yang terletak di kaunter bayaran
  3. Juruwang akan mengimbas barang yang telah dipilih di terminal dan di POS.
  4. Juruwang memasukkan jumlah pembelian di terminal pembayaran.
  5. Masukkan 6-Digit Pin pertama yang tertera di MyKad/MyKid/Kad Pintar di terminal.
  6. Resit akan dicetak setelah selesai. Mohon pastikan anda menyemak baki akaun pada resit dan simpan resit tersebut sebagai rujukan.

Bantuan seperti ini dapat meringankan beban pelajar sekolah dari golongan asnaf yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Selain itu, memudahkan mereka memulakan alam persekolahan bersama pelajar yang lain.

Untuk mengetahui maklumat lanjut berkaitan dengan bantuan persekolahan ini, anda boleh terus melayari di portal MAIWP, iaitu https://ebaitulmal.maiwp.gov.my/web/maiwp-kasih-asnaf-bantuan-pakaian-peralatan-persekolahan/

Artikel ini ialah © Hakcipta Terpelihara JendelaDBP. Sebarang salinan tanpa kebenaran akan dikenakan tindakan undang-undang.
Buletin JendelaDBP
Inginkan berita dan artikel utama setiap hari terus ke e-mel anda?

Kongsi

error: Artikel ini ialah Hakcipta Terpelihara JendelaDBP.